Friday, November 21, 2008

ADA RAKYAT HANYA TAHU "MENGAYAT"

Sehingga artikel ini ditulis, respon orang ramai yang ditemui mengenai penurunan harga minyak oleh kerajaan baru-baru ini ternyata kurang mendapat sambutan dan sokongan.
Cuma kedengaran di kaca televisyen mereka mengharapkan harga minyak diturunkan lagi. Entah sampai harga mana yang mereka mahukan baru mereka sokong?
Hilang isu harga minyak, timbul pula harga barang yang masih tidak turun. Kalau dulu peniaga memberi alasan harga barang naik kerana harga minyak naik. Nah, sekarang mereka masih mengekalkan harga barang walaupun harga minyak hampir menyamai harga sebelum harga naik semasa Jun lepas.
Ternyata peniaga tidak jujur berniaga. Jelas mereka hanya mahu mengaut keuntungan berganda daripada kesempitan hidup pembeli yang tidak mempunyai banyak pilihan terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Masih teringat lagi saya tindakan pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan dalam mendesak kerajaan menurunkan harga minyak. Masa itu bagai mahu kiamat dunia kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) "bodoh" menaikkan harga minyak selepas menang dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Kata mereka, inilah harga yang perlu mereka bayar setelah memangkah calon BN.
Apatah lagi, demonstrasi itu diketuai oleh "Raja Jampi Malaysia" atau "Dajjal Malaysia" iaitu Anwar Ibrahim. Makin rancak dan menjadi-jadi rakyat yang tidak reti mengenang budi kerajaan BN dalam menjalankan amanah dan menjadi kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat.
Katakan sahaja jika Anwar Ibrahim menurunkan harga minyak sebanyak RM1 masa itu, maka kerajaan tidak akan dapat berjimat sebanyak RM7 bilion hasil daripada penjimatan subsidi minyak yang digunakan dalam pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Dato' Seri Najib baru-baru ini.
"Rakyat oh rakyat... Baik duduk rumah sahaja... Tidur... Jangan risau kerajaan akan bantu... Sudah menjadi "kerja" kerajaan menjaga kebajikan rakyat..." (Agaknya ayat siapakah ini...?)

Monday, November 10, 2008

LANGKAH TEGAS KERAJAAN BERHASIL

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM7 bilion sangat memberi makna khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pembangkang mempersoalkan dari mana sumber RM7 bilion, ternyata telah menampakkan kedangkalan fikiran mereka. Kerajaan menegaskan bahawa segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalah hasil daripada penjimatan daripada subsidi minyak.

Penjimatan RM7 bilion ini terbukti hasil langkah tegas kerajaan menstruktur semula subsidi minyak adalah wajar. Sebagai contoh, seperti yang diumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk membina 25, 000 buah rumah kos rendah dan sederhana bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman yang lebih selesa. Penyaluran sebanyak RM600 juta untuk penyelenggaraan projek-projek kecil seperti membina jalan kampung, membina jambatan kecil dan balai raya.

Ini menunjukkan tindakan tegas kerajaan dengan pengurangan subsidi minyak sebelum ini sudah menampakkan hasilnya. Cuba bayangkan jika kerajaan menggunakan terlalu banyak wang untuk pemberian subsidi minyak seperti yang dimahukan oleh pembangkang, kita tidak mungkin dapat menjimatkan wang sebanyak RM7 bilion ini untuk digunakan kepada perkara yang lebih menguntungkan rakyat pada jangka masa panjang.

Sebelum ini pembangkang berhujah setiap kali pasaran harga minyak dunia naik, keuntungan Petronas juga akan naik. Namun sejak penurunan harga minyak dunia akhir-akhir ini, tiada lagi kedengaran keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak negara seperti yang diperjuangkan oleh pembangkang. Demonstrasi dan protes turun harga minyak anjuran pembangkang sebelum ini jelas hanya mahu mengambil kesempatan atas kesempitan kehidupan rakyat.

Maka terbukti tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah ini dengan memberi pancing adalah lebih baik daripada memberi seekor dua ikan kepada rakyat.

Tun Nila Utama: Reti Mensyukuri Nikmat Allah & Segala PemberianNya...

Friday, November 07, 2008

KESAL BAHASA KEBANGSAAN DIPOLITIKKAN

Merujuk kepada perbahasan parlimen pada 6 November antara Menteri Pelancongan dengan wakil pembangkang berhubung dengan isu pemasangan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang.
Agak menghairankan Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk memasang papan tanda pelbagai bahasa sedangkan banyak lagi isu yang lebih penting seperti usaha untuk menarik pelancong luar negara datang berkunjung ke negeri itu.
Adakah dengan memasang papan tanda pelbagai bahasa itu dapat menarik lebih ramai pelancong? Jika mahu memperkenalkan budaya negara ini kepada pelancong luar negara, selain memudahkan pelancong-pelancong untuk berada di Pulau Pinang terutama dari China, itu bukan cara yang terbaik.
Mengapa tidak dipergiatkan lagi promosi makanan pelbagai kaum, selain menambahkan lagi program-program pelbagai adat budaya bagi setiap bangsa dan etnik di Malaysia? Ini adalah cara yang lebih baik dan memberi makna yang mendalam kepada pelancong-pelancong untuk memahami perbezaan adat budaya di negara kita.
Isu sebenar bukanlah papan tanda pelbagai bahasa tetapi bagaimana kita menggiatkan lagi usaha bagi menambah pulangan hasil daripada pakej pelancongan yang lebih menarik.
Dalam hal ini, bahasa kebangsaan janganlah dipolitikkan hanya kerana untuk menunjukkan keprihatinan yang tidak sepadan dengan objektif sebenar iaitu bagi meningkatkan ekonomi pelancongan negara terutama di Pulau Pinang.
Tun Nila Utama: CINTAILAH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Thursday, October 09, 2008

PKR AGEN ZIONIS?

Benarkah PKR agen Zionis?oleh: Keris TerbangPersoalan yang sentiasa bermain-main di benak majoriti rakyat. Sehingga baru-baru ini ’mereka’ mencabar agar sebarang pertuduhan terhadap ’mereka’ sebagai agen Amerika dapat dibuktikan.Meskipun telah banyak pendedahan berupa bukti yang terang lagi nyata di atas penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis seperti yang didedahkan dalam internet, di sini penulis cuba mengajak untuk melihat beberapa lagi bukti dari sudut yang lain pula bagi menyokong pendedahan tersebut.Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah bermaksud menyahut cabaran ’mereka’ tetapi sekadar ingin mencabar ’mereka’ kembali agar membuktikan segala pendedahan ini tidak benar sama sekali. ’Mereka’ juga dicabar agar menafikan dengan bukti akan segala penglibatan dan perancangan DSAI melalui Amerika dan Zionis seperti yang telah dikupas dan didedahkan satu-persatu melalui internet.“Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.” (Surah Muhammad : 30)Lambang JahanamRasulullah S.A.W. pernah memberi amaran melalui sabdanya yang bermaksud, “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Riwayat Muslim, Misykat, hal. 472).”Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Riwayat Bukhari, Sahih Jami’ Shogir 3495 / Al-Bany)Logo bagi Pertubuhan Illuminati ini boleh dilihat pada matawang Amerika, USD1.00 (Federal Reserve Dollar Bill). Ia juga terletak di belakang Mohor Amerika Syarikat.Illuminati ialah golongan elit dalam hirarki pertubuhan Freemasons. Illuminati dalam bahasa Arab bermaksud Al-Nuroniyyin iaitu ”Pemegang Cahaya”. Pertubuhan yang turut dikenali sebagai ’Pertubuhan Cahaya’ ini adalah sebuah organisasi rahsia yang telah ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Dr. Adam Weishaupt, seorang Profesor Theology di Universiti Angold State, Jerman. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah keluar dari agama Kristian lalu menganut fahaman Atheisme.Di awal penubuhannya, Weishaupt telah diarahkan oleh Rothschild untuk mengemaskini protokol Yahudi dari versi lama kepada versi baru di samping melaksanakan segala persiapan untuk menyambut kedatangan Dajjal.Secara ringkasnya, misi pertubuhan ini adalah untuk mewujudkan pemerintahan tunggal kerajaan Yahudi di dunia; ’One World, One Country, One Nation’.Modus operandi mereka adalah dengan cara memecah-belahkan penduduk dunia agar saling bermusuhan, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan memusnahkan diri dan negara sendiri, institusi-institusi kerajaan dan agama. Kemudian, barulah mereka masuk sebagai penyelamat yang membawa ’cahaya’ (constructive chaos).Simbol mata yang bercahaya di puncak piramid melambangkan mata Iblis, Lucifer yang mengawal semesta alam. Mata yang juga dikenali sebagai ‘The All Seeing-Eye’ (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) ini merupakan Tuhan bagi mereka untuk memerintah dunia. Sekaligus membawa makna bahawa Tuhan mereka itu bermata satu.Piramid itu pula merujuk kepada ’The Great Pyramid’ di Giza, Mesir yang juga merupakan lambang ilmu sihir pada zaman kewujudannya.Siri abjad Latin, MDCCLXXVI seperti yang tertera di tapak piramid bermaksud tahun 1776 yang juga merujuk kepada tarikh penubuhan Illuminati pada 1 Mei 1776. Selain itu, tarikh ini juga adalah tarikh bermulanya penggunaan matawang Amerika Syarikat.Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda. Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya berjudul ’Dialog Dengan Jin Islam’, Segitiga Bermuda yang terletak di Lautan Atlantik adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Iblis dalam misinya menyesatkan manusia.Fasa ayat dalam bahasa Latin, ”ANNUIT COEPTIS” di atasnya bermaksud “He Has Favored Our Undertakings” manakala fasa ayat ”NOVUS ORDO SECLORUM” yang tertera di bawahnya pula membawa maksud ”New Order of the Ages”.Sekarang, bandingkan dengan ini pula,Logo 3-dimensi Pertubuhan Illuminati jika dilihat dari sudut pandangan atas akan menampakkan sebelah mata yang sedang melihat ke arah kita (The All Seeing-Eye), bentuk segiempat tepat piramid (segiempat yang tidak sama) dan juga air laut. Bukankah pandangan dari sudut ini akan menampakkan satu bentuk yang hampir menyamai lambang Parti Keadilan Nasional (KeADILan)?Jika Pertubuhan Illuminati mengambil mata satu Iblis, Lucifer sebagai simbol mengawal dunia, KeADILan pula mengambil sebelah mata DSAI sebagai simbol sekaligus menjadi orang yang diangkat dan dipuja untuk memerintah negara. Siapakah pula DSAI di kalangan agen-agen Zionis?Simbol mata dalam logo Pertubuhan Illuminati adalah merujuk kepada ‘The All Seeing-Eye’ (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) manakala mata dalam lambang KeADILan sepertimana termaktub dalam keterangan lambangnya merujuk kepada ”Mata Yang Terbuka”. Bukankah hanya dengan mata yang terbuka mampu untuk melihat segala sesuatu?”Mata Yang Terbuka” itu juga ditafsirkan mereka sebagai lambang cahaya yang menyuluh perjuangan menegakkan keadilan; mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan. Bukankah simbol mata yang terdapat dalam logo Pertubuhan Illuminati juga dikelilingi cahaya? Adakah ini bermakna KeADILan juga adalah cawangan atau agen kepada ’Pertubuhan Cahaya’ tersebut?Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Modus operandi dan matlamat mereka juga hampir menyamai kaedah yang digerakkan oleh ahli-ahli Pertubuhan Illuminati dalam misi menjadikan bumi hanya satu negara dan dikuasai hanya satu bangsa. Mereka melakukan ’constructive chaos’ dengan menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan negara bagi mewujudkan keadaan saling bermusuhan dan benci-membenci, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan meruntuhkan institusi kerajaan, agama dan bangsa.Kemudian, mereka akan hadir sebagai penyelamat yang membawa ’cahaya’ dan harapan sepertimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, ”Harapan Baru Untuk Malaysia”.Mereka berazam untuk menakluk Malaysia bagi mewujudkan hanya satu fahaman agama (internationalisme) dan satu bangsa (Malaysian Malaysia) sambil membawa slogan Zionis iaitu Freedom – Equality – Fraternity (Kebebasan – Persamaan – Persaudaraan).Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Bagaimana dengan logo ini pula? Inilah logo bagi Columbia Broadcasting System (CBS), antara jaringan media terbesar di Amerika yang dikuasai Zionis. Sejarah menyebut bahawa segolongan ahli Illuminati yang tidak berpuas hati dikenali sebagai ‘Columbian’ telah mengasaskan persekutuan Amerika Syarikat.Maka dengan sebab itulah huruf D dan C pada perkataan Washington D.C. merujuk kepada ‘District Of Columbia’. Mereka mengawal kerajaan persekutuan Amerika, kesemua media, gereja-gereja di Vatican City, universiti-universiti dan sebanyak 500 syarikat-syarikat mewah.Tahun Kebangkitan ZionisSepertimana yang disebutkan dalam buku ‘Morals And Dogma’ karangan Albert Pike, tahun 1999 adalah tahun kemunculan Lucifer sebagai ‘Tuhan Cahaya’ (The God Of Light). Mereka meramalkan bahawa penghujung tahun 1999 adalah tarikh akhir dari segala kejayaan agama di muka bumi dan berakhirnya segala bentuk penentangan terhadap Zionisme. Seterusnya, kerajaan Zionis akan bangkit untuk memerintah millenium baru yang bermula awal tahun 2000.Mereka juga percaya akan kemunculan ‘perajurit syaitan’ yang akan menyerang penganut-penganut agama dogmatik di sebelah timur dunia yang berada di atas garis lintang Khatulistiwa. Bagi memastikan ramalan ini menjadi kenyataan, mereka sendirilah yang akan mewujudkan agen-agen rahsia (provokator) untuk mencetuskan kekacauan seterusnya memudahkan jalan buat mereka melaksanakan misi “reformasi millenium baru”.Ajaran Zionisme mempunyai cita-cita untuk menyatukan dunia dengan mengandaikan bahawa seluruh umat manusia perlu dibebaskan dari dogma agama. Penduduk dunia harus patuh kepada satu pemerintahan dan satu kekuatan yang digambarkan sebagai Baphomet (Dewa Berkepala Kambing).Menurut Drs. H. Toto Tasmara pula dalam bukunya berjudul ‘Dajal Dan Simbol Setan’, Baphomet akan melaksanakan tugasnya sehingga akhir tahun 2003. Kemudian, barulah seluruh umat manusia akan berada di bawah pengawasan Tuhan Lucifer (’The All Seeing-Eye’). Hal ini sangat diyakini oleh anggota-anggota Freemasons sebagaimana termaktub dalam ‘Ordo Antichrist Illumninati’.Demikianlah perancangan yang cukup halus didalangi oleh agen-agen rahsia Zionis sehingga tertubuhnya KeADILan pada 4 April 1999 apabila parti-parti pembangkang yang tertubuh sebelumnya didapati masih gagal untuk menakluk negara.Ini diperkukuhkan lagi apabila sebelum penghujung tahun 2003, KeADILan mula bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 3 Ogos 2003 untuk membentuk sebuah parti politik yang lebih padu dan kuat, dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sekaligus menepati kehendak Baphomet untuk menamatkan misi sebelum akhir tahun 2003.Perhatikan bahawa bagaimana perancangan demi perancangan diatur sehinggalah DSAI berjaya dibebaskan setahun kemudiannya pada 2 September 2004. Sejak itu, seluruh pertubuhan politik pembangkang seolah-olah bernaung dan bergantung di bawah kibaran lambang PKR, ”Mata Yang Terbuka” (The All Seeing-Eye?).Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Bukan sahaja KeADILan, malah Malaysian For Free Election (MAFREL) yang berkait-rapat dengan parti politik pembangkang juga ditubuhkan sebelum akhir tahun 1999. MAFREL yang mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar mendapat pembiayaan dari National Endowment For Democracy (NED) manakala NED pula mendapat tajaan dari United States Agency for International Development (USAID). NED banyak terlibat dalam membeli, mencaturkan atau menentukan kerajaan di seluruh dunia. NED menyalurkan wang terutamanya sewaktu musim pilihan raya bagi mencaturkan kerajaan di Cuba, Venezuela, Costa Rica, Haiti, Panama, Nicaragua, Iran, Iraq, Afghanistan, Slovakia, Bulgaria, Serbia, Ukraine, Russia, Macedonia, Georgia, Belarus, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain.Bersandarkan ini, tidak mustahil Malaysia juga menjadi mangsa melalui parti-parti politik pembangkang negara.Marc Bazin pernah menerima bantuan USD36 juta daripada NED semasa pilihan raya Haiti pada tahun 1990; Nicolas Ardito Barletta Vallarino menjadi Presiden Panama bagi tahun 1984 juga dengan dana bantuan NED; George H. W. Bush pernah menyalurkan USD9 juta melalui NED bagi membolehkan Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada tahun 1990. Maka tidak hairanlah jika mahu dikaitkan bahawa DSAI juga mendapat pembiayaan bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.Kesemua ini jelas menunjukkan bahawa agen-agen Zionis sememangnya sedang merealisasikan cita-cita dan ramalan mereka. Inilah agenda-agenda yang digerakkan untuk Malaysia demi melaksanakan misi pemerintahan tunggal kerajaan Zionis menjelang abad millenium.Rahsia Di Sebalik AngkaTerdapat satu kaedah pengiraan menggunakan kod matematik yang telah ditemui oleh sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa. Melalui kaedah pengiraan ini, beliau telah mendedahkan bahawa Al-Quran mempunyai inter-locking system yang menyebabkan Al-Quran tidak boleh diubah sama sekali walaupun satu huruf. Ini sekaligus membuktikan mukjizat Al-Quran itu sendiri. Kertas kerja beliau berhubung dengan penemuan ini telah dibentangkan di Pameran Islam Sedunia di London pada tahun 1976.Perhatikan bahawa KeADILan ditubuhkan dalam tahun 1999 manakala Pertubuhan Illuminati pula telah pun wujud sejak tahun 1776 lagi. Jika dibuat kaedah pengiraan mengikut kod matematik yang telah diperkenalkan oleh Rashad Khalifa, langkah pengiraannya adalah seperti berikut:1999 = 1 + 9 + 9 + 9 = 28 = 2 + 8 =10 = 1 + 0 = 1 (nombor yang terhasil adalah 1)1776 = 1 + 7 + 7 + 6 = 21 = 2 + 1 = 3 (nombor yang terhasil adalah 3)Kewujudan dua pertubuhan ini secara tidak langsung saling lengkap-melengkapi bagi melaksanakan misi Amerika dan Zionis terhadap Malaysia sebagai satu-satunya negara Islam yang masih berdiri teguh. Jika digabungkan dua angka yang terhasil ini untuk menjadikannya satu angka yang lengkap, maka terhasillah angka 13.Bagi penganut dan pendokong Zionisme, angka 13 amat bermakna buat mereka kerana angka ini adalah angka kekuasaan ’Prince Of Darkness’. Angka 13 inilah yang membentuk item-item tertentu dalam logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat.Jika diamati semula logo Pertubuhan Illuminati, lapisan batu-batu yang membentuk piramid tersebut disusun dalam 13 barisan. Manakala perkataan ”ANNUIT COEPTIS” di atasnya mengandungi 13 abjad. Pertubuhan ini juga mempunyai 13 anggota Majlis Tertinggi.Bagi Mohor Amerika Syarikat pula, terdapat 13 bintang Nabi Daud (Star Of David) di sebelah atasnya, 13 daun beserta 13 buah Zaitun di sebelah bawah kirinya dan 13 anak panah di sebelah bawah kanannya. Manakala moto dalam bahasa Latin, ”E PLURIBUS UNUM” yang bermaksud “Many In One - one nation made up of many states” juga mengandungi 13 abjad.Sedarkah kita bahawa KeADILan secara rasminya ditubuhkan pada 4 April 1999, iaitu jatuh pada minggu ke-13 bagi kalendar tahun 1999. Manakala penggabungan KeADILan dan PRM yang membawa kepada penubuhan PKR telah berlaku pada 3 Ogos 2003, iaitu minggu ke-31 bagi kalendar tahun 2003.Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Rangkaian Kod SimbolKita lihat pula beberapa keajaiban melalui simbol bagaimana perancangan sulit agenda Zionis terhadap negara sebenarnya telah lama diaturkan melalui parti-parti pembangkang negara sejak sebelum merdeka lagi.Gambar pertama adalah simbol bagi pertubuhan berkaitan Illuminati manakala gambar ke-2 yang memaparkan kepala kambing (Dewa Baphomet) adalah lambang Church Of Satan, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan sebagai jaringan atau rantaian kepada agenda Zionis. Pertubuhan ini telah ditubuhkan di San Fransisco pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey.Simbol ke-3 pula adalah ‘Star Of David’ yang telah diketahui umum sebagai lambang kepada orang-orang Yahudi sepertimana dapat dilihat pada bendera Israel.Simbol atau identiti yang digunapakai dalam gerakan atau pertubuhan yang berkaitan Illuminati atau Freemasons biasanya berbentuk mata atau ‘The All Seeing-Eye’ (mata yang dapat melihat segala sesuatu), bintang (Star Of David), jangkalukis (compasses) & sesiku (square), huruf ‘G’ (membawa maksud ‘God’), kepala kambing (Dewa Baphomet), burung hantu dan lain-lain simbol rahsia yang terlalu jarang didedahkan walaupun kepada ahli-ahlinya.Sebab itulah kesemua ahli-ahli dalam barisan pembangkang, PKR terutamanya tidak menyedari akan rahsia simbol ini kerana perancangan sulitnya disusun atur dan digerakkan oleh agen-agen Zionis yang terpilih dan dilantik.Sekarang, bandingkan dengan ini pula,Gambar menunjukkan penggabungan parti politik antara KeADILan yang baru berusia 4 tahun dengan PRM yang telah pun berusia 48 tahun pada 3 Ogos 2003. Simbol kebanggaan PRM yang ditubuhkan pada 11 November 1955 ini telah dinyahkan lalu digantikan dengan sebelah mata yang cukup berkuasa, sentiasa terbuka dan mampu untuk melihat segala sesuatu.Perhatikan bahawa kepala seladang yang dipilih sebagai simbol dalam lambang PRM sama seperti kepala kambing yang digunakan dalam Church Of Satan (Gereja Syaitan). Jika merujuk kepada lambang sebenar PRM, cogwheel yang melingkari kepala seladang itu mempunyai 13 gigi, sama seperti jumlah item-item tertentu yang terdapat pada logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat.Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Jika disingkap kembali fatwa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 Januari 1999, beliau pernah mengutarakan, ”Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.” Kata-kata tersebut telah diucapkan oleh beliau untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ partinya dengan DAP menjelang Pilihan Raya Umum 1999.Kata-kata ini telah diucapkannya kira-kira 3 bulan sebelum pelancaran rasmi penubuhan KeADILan. Jika benar beliau adalah seorang ulama’, sudah tentu beliau mampu untuk menggunakan kekuatan mata hati untuk melihat atau sekurang-kurangnya sedar bahawa iblis dan syaitan itu selama-lamanya adalah musuh yang nyata bagi Allah dan manusia.Jadi, siapakah sebenarnya ’syaitan’ yang dirujuk oleh Nik Aziz? Atau yang dimaksudkannya sebagai ’syaitan’ adalah syaitan itu sendiri?Sekali lagi beliau mengulanginya dengan tegas pada Februari 1999 dalam satu ceramah yang dibuat di Kota Bharu,”…Dan bersungguhnya ambo baru ni, ambo kata kita akan terima siapa dia nak sokong kita hatta syaitan sekalipun. Bila ambo kata lagu ni, ada seorang. Hai! Dia kata kecek ni cermat sikit kan jadi rosak akidah. Orang hok kecek ni orang Kelantan juga. Baru jadi timbalan menteri. Dianya hok parti rosak akidah, dia beringat kita takut rosak akidah.”Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.Perhatikan pula kod rahsia isyarat tangan yang ditunjukkan oleh agen-agen Zionis di bawah. Bukankah ini kod isyarat ’Kepala Kambing’? Simbol kepala kambing dipilih sebagai mewakili scape goatism (teori mencari kambing hitam), bersesuaian dengan perancangan dan pelaksanaan teori konspirasi dalam setiap gerakan rahsia mereka untuk menakluk setiap negara di dunia.sumber - sahabat mantap (http://pejuang-melayu.blogspot.com/)

SIAPA GILA KUASA?

Salam Perpaduan...
Perdana Menteri sudah membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan tertinggi UMNO sebagai Presiden parti dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno Mac depan.
Kalau dulu kita sedih dengan pengumuman Tun Dr. Mahathir, kini terasa pula dengan Pak Lah. Jelas sudah Pak Lah tidak mementingkan jawatan malah demi menjaga perpaduan di kalangan ahli parti juga rakyat keseluruhannya.
Teringat saya dengan kenyataan Nik Aziz, apabila Tun M masih mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau menyifatkan Tun M sebagai gila kuasa dan mahu berkuasa hingga mati.
Nik Aziz juga sudah lama memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Bila lagi nak mencontohi Tun M dan Pak Lah? Tun M kata, baik berenti makan ketika makanan itu sangat sedap diratah. Jangan dihambat sekaligus makanan selagi mahu. Nabi Muhammad pesan lama dah, berhenti makan sebelum kenyang.
Kini Nik Aziz tengah berselera dengan "makanan" mewah. Jangan sampai makanan itu menjadi racun kepada kesihatan diri.
Nik Aziz mungkin tidak membaca tulisan saya, tapi saya berhak memberi pandangan peribadi yang jumud ini.
Nik Aziz, sudah-sudahlah berlahap ketika ini. BERHENTILAH... Pada fikiran saya, Nik Aziz sekarang sudah nyanyuk, orang tua. Lebih-lebih lagi, bila "makanan" mewah pada PRU-12 yang lalu dia dapat macam durian runtuh.
Maka Nik Aziz makin celupar, cakap pun tidak betul. Mana tidaknya, dalam mulut penuh dengan makanan. Ditambah pula ramai tukang suap kiti dan kanan, luar dan dalam.
Nik Aziz bukan nabi... BERHENILAH... SUDAH-SUDAHLAH...
SALAM...

Thursday, September 18, 2008

RELA MENANTI...

SALAM SEJAHTERA...

berlalu sudah 16 september... hingga sekarang aku masih menanti. bukan tak percaya tapi masih ragu-ragu. nak pecaya sangat tu tak lah jugak tp... korang tau sendirilah...

keraguan aku berasas sebab orang yang berjanji tu banyak sangat dah tabur janji. selama enam bulan janji nak jadi perdana menteri pada tarikh ini tapi tak jugak.

dia kata jugak yang 16 septembet adalah tarikh terakhir pak lah jd pm. tp tak jugak menjadi.

kata dah lebih 40 ahli parlimen sabah sarawak dan terengganu nak masuk pr tp tak jadi jugak.

sekarang turun balik jd 31 orang... hei bro si penjanji, mana satu ni?

bila wartawan tanya berapa jumlah tepat ap yang nk lompat parti, si penjanji tu pun macam tak yakin nak jawab dengan tepat.

bila dengar dia ceramah, naik terus darah aku bila tgk muka si penjanji ni yang "bermuka-muka". aku sampai mati tak kan pecaya dengan orang ni.

cara, gaya dan butiran percakapan si penjanji ni seolah-olah dia takde kelemahan langsung. semua perkara dia jd "super hero".

masalah ekonomi, dia kata dia mampu setel mcm petik jari nk dapatkan "teman-teman sepermainan".

masalah minyak, kalau dia tak mampu nak turunkn rega minyak dia akan letak jawatan jd pm. wah, belum jd pm lagi dh kata mcm tu... jd pm dulu, baru cakap lebih mcm tu.. kalau kata nk beli white house dan bawak balik ke putrajaya pun boleh. tp jd pm dulu la...

dia kata malaysia sekarang ada masalah perpaduan, politik semakin keruh.. hey bro si pembelit, sapa yg keruhkan keadaan sebenarnya?

yang kata ada orang nk bunuh you sampai you lari ke kedutaan turki tu sapa?

yang sokong hindraf tu sapa?

yang sokong majlis peguam bincang soal islam tu sapa?

yang ajak orang buat demonstrasi tu sapa?

semua orang dh tau dh modus operandi sui pembelit ni... tp masih jugak yang buta hati...

aku pun dh malas nk tulis panjang-panjang. apepun, aku masih menanti tarikh 16 september yang sudah pun "dikebelakangkan"...

rela menanti...

salam perpaduan!

Tuesday, September 16, 2008

SI PEMBELIT PADA PANDANGAN ORANG SARAWAK

SALAM SEJAHTERA...

Hari ini masuk 16 September. Kami rakyat Sarawak sentiasa menunggu dan tertunggu-tunggu detik ini. Ketika inilah kami bebas daripada cengkaman penjajah dan bebas menentukan haluan diri sendiri dalam memajukan negeri Sarawak yang tercinta.

Namun hari ini ada pihak yang cuba untuk mencemar kedamaian dan kemekmuran negeri kami hanya kerana kemaruk dengan kuasa untuk menjadi perdana menteri. manusia itu bernama anwar ibrahim. kami di sini mempersoalkan kenapa sarawak dan sabah sekarang ini terlalu penting bagi anwar untuk membeli wakil rakyat kami bagi beliau mencapai cita-cita peribadinya itu? semasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri kewangan dahulu, kami di sini sedikitpun tidak diendahkan oleh anwar. sekarang anwar melaung dan tejerit mahukan sesuatu daripada kami iaitu KUASA.

ingatlah, kami rakyat sarawak tidak rela kami dipimpin oleh manusia seperti anwar. kami lebih rela kepuar daripada gagasan malaysia jika anwar menjadi perdana menteri. kami sedar perkara ini amat sukar bagi kami untuk menlaksanakannya kerana kami rakyat sarawak berpegang teguh kepada pimpinan yang ada sekarang.

kami berpandangan, andai kata terjadi peralihan kuasa sehingga benar anwar manjadi perdana menteri, dan seterusnya beliau mencorakkan politik serta ekonomi yang lebih baik, kami bersyukur. tapi jika malaysia tercinta ini menjadi lebih teruk tidak seperti yang dicanangkan oleh anwar; rakyat akan hidup senang dan sejahtera; kami rakyat sarawak akan memaki hamun dan mengeluarkan sumpahan rakyat sarawak yang teramat hina ke atas anwar serta konco-konconya!

kami tidak termakan dengan rayuan anwar. hanya melayu yang lupa diri di semenanjung malaysia yang buta hati dan buta iman dalam menilai perkara ini.

pandangan kami rakyat sarawak mudah sahaja dengan apa yang berlaku sekarang. antaranya ialah anwar cuba berselindung dalam kes liwat dirinya, sehingga menjadikan rakyat sebagai peguam dan hakim bagi dirinya.

selain itu, di manakah dakwaan ugutan bunuh terhadap anwar sehingga lari ke kedutaan turki? sehingga kini tidak lagi menjadi isu penting lagi bagi anwar. kalau orang nak bunuh anwar, masa berceramah dan berada dikhalayak ramai beliau boleh ditembak atau dibunuh dengan cara apa sekalipun. tapi nampaknya tidak ada lagi ancaman bunuh terhadap dirinya.

dulu kami diajar jangan main-main dengan sumpah lebih-lebih lagi seperti yang dilakukan oleh saudara saiful. sumpah itulah yang diajarkan kepada kami. tapi sekarang ramai pulak ulama yang memberi pandangan berbeza. yang paling menyakitkan hati hari pandangan hadi awang sumpah itu adalah amalan orang kristian. ami semakin pening dengan pandangan sebegini. tapi kami rakyat sarawak berfikiran simple, kami ikut mana yang baik. yang karut tu kami tolak.

so, anwar ibrahim kami tak terima kamu sebagai pemimpin negara. kami ada ramai lagi pemimpin bijak untuk memimpin negeri kami. bukannya konco-konco kamu yang buta mengenai sarawak. sekarang kamu sudah pandai bercakap bahasa pelbagai. cina india iban kadazan semua kamu pandai. patutlah lidah pun dan berbelit-belit. dah namanya PEMBELIT...